Kober
Run 2015 ini terkandung dalam Pelan Strategik Politeknik Hulu Terengganu 2015
telah dirancang dengan lebih awal. Perancangan mengadakan aktiviti ini
dirancang dan disusun Jawatankuasa Kober
Run 2015 yang terdiri daripada para
pensyarah dan pelajar.
Lokasi
program yang dipilih di sekitar kejiranan Bandar Kuala Berang amat sesuai bagi
pelajar menjayakan program tersebut dan keselamatan peserta agak terjamin
kerana melalui pemilihan hari dan tarikh yang sesuai di mana aliran trafik
tidak berapa sibuk dan diadakan pada hari cuti.
OBJEKTIF
- Memupuk semangat bertanding dan kesukanan yang tinggi di kalangan para pelajar dan komuniti.
- Menyediakan saluran yang tepat untuk komuniti berhubung dalam bidang pendidikan
- Merapatkan hubungan antara institusi pendidikan dengan komuniti melalui program yang bakal diadakan.
- Melahirkan para pelajar yang sihat,cergas dan cerdas dengan larian ini.
TARIKH & MASA
TARIKH : 28 Februari 2015
HARI : Sabtu
MASA
: 7:00
pagi - 12.00 tengahari
SYARAT PENYERTAAN
A. Kelayakan
- Terbuka kepada para pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, belia, kakiktangan awam dan belia di Hulu Terengganu.
- Warganegara Malaysia.
B. Yuran Penyertaan
- Setiap peserta dikenakan bayaran RM5.00 untuk setiap penyertaan untuk semua kategori.
- Pembayaran yuran penyertaan boleh dibuat secara tunai di Politeknik Hulu Terengganu. Sila hubungi:
a) 0139202047 (Syazwan)
b) 01129494991 (Wani)
C. Terma dan syarat pertandingan
- Penyertaan adalah secara individu.
- Penyertaan adalah mengikut DUA (2) kategori iaitu kategori FUN RUN dan kategori DEWASA.
- Penyertaan mesti dihantar SELEWAT-LEWATNYA pada 19 Februari 2015 kepada urusetia program.
- Yuran penyertaan adalah RM5.00 bagi setiap peserta untuk semua kategori.
- Sijil penyertaan akan disediakan oleh penganjur untuk setiap peserta yang menyertai.
- Sijil penghargaan akan disediakan oleh penganjur untuk agensi yang menghantar peserta sebgai penghargaan.
- Setiap peserta akan menerima SATU (1) helai baju program yang WAJIB dipakai semasa larian.
- Pemenang dikira sebagai SEPULUH (10) peserta yang tiba terlebih dahulu bagi setiap kategori.
- Sebarang bantahan dan proses rayuan dikenakan bayaran RM50.00 dan perlu dibuat secara bertulis dan diserahkan di kaunter juri dalam masa 15 minit yang akan diumumkan oleh pengacara majlis.
- Walaupun penganjur telah mengambil langkah berjaga-jaga yang dirasakan perlu dan sesuai, pihak penganjur tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk sebarang kecederaan, kemalangan atau kematian yang dialami oleh peserta daripada mula, semasa atau selepas acara KOBER RUN 2015 ini tamat.
- Penyertaan perlu dihantar ke alamat berikut:
PENGARAH
Politeknik Hulu Terengganu
21700 Kuala Berang
Hulu Terengganu, Terengganu
(u.p: Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti)
No comments:
Post a Comment